Seperti tahun yang sebelumnya, acara merentas desa merupakan agenda wajib sekolah yang perlu dijalankan. Ia merupakan serampang dua mata yang turut bertujuan memilih pelajar untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah klang.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti ucapan oleh Tuan Guru Besar dan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Tn Fariz. Selepas itu murid dilepaskan mengikut kategori dimulai dengan murid PPKI dan diakhiri dengan murid tahun 6.
Laluan utama merentas desa ialah melalui Bandar Bukit Raja dan kemudian kembali ke sekolah. Semua murid yang terlibat bersemangat menyertai program ini walaupun ada yang hanya sekadar mampu berjalan. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang bertugas...
No comments:
Post a Comment