Selepas urusan pendaftaran ibu bapa dikehendaki masuk ke dewan sekolah untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar Encik Rolan Ahmad manakala murid dikehendaki masuk ke kelas untuk tujuan menjawab soalan ujian yang disediakan.
Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menilai tahap kemampuan murid dan menentukan kedudukan kelas kelas.
Bagi ibu bapa, usah gundah dengan kedudukan kelas anak masing-masing kerana masih banyak peluang untuk anak-anak meningkatkan prestasi masing-masing dari masa ke semasa. Tahun 1 adalah langkah pertama untuk langkah-langkah yang seterusnya...
No comments:
Post a Comment