Sunday, February 26, 2012

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat agung PIBG sekolah untuk kali ke-17 telah diadakan pada 18 Febuari 2012. Seawal 7.15 pagi telah terlihat kelibat ibu bapa yang hadir untuk mendaftar menunjukkan keprihatinan mereka mengenai pembelajaran anak-anak mereka.

Majlis telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan pembukaan oleh Guru Besar Encik Rolan Bin Ahmad. Dalam ucapannya beliau menerangkan program-program yang telah, sedang, akan dilaksanakan oleh pihak sekolah serta keprihatinan ibu bapa memastikan anak-anak dapat menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kemudian ucapan diteruskan oleh Yang Dipertua PIBG En Mohd Ridzal Shah Bin Sap@Sattar. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang datang sekaligus menunjukkan keprihatinan mereka kepada anak-anak mereka yang bersekolah di SKTKU. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG telah disempurnakan oleh  ADUN Sementa, Dato' Abdul Rahman Palil.


Sesi Mesyuarat Agung PIBG dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, Puan Roslailie Binti Ramli diikuti pembentangan kewangan oleh Bendahari PIBG En Rizaudin Bin Md Yaakub dan diakhiri dengan pembubaran jawatankuasa PIBG. hjkljhttp://tahun6tku.blogspot.com/


Selepas lantikan baru jawatankuasa PIBG, mesyuarat diteruskan dengan perbahasan usul-usul yang dibangkitkan. Isu yang paling penting pada mesyuarat kali ini ialah penetapan jumlah derma PIBG yang perlu disumbangkan oleh ibu bapa. Ahli PIBG telah sebulat suara menetapkan sebanyak RM 60 untuk derma PIBG



Mesyurat pada hari itu berjalan dengan lancar dengan penglibatan ibu bapa yang amat menggalakkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua pihak..


1 comment: